Internet Search

Bagaimana membuat New Report mengunakan Query yang berlainan

Kadang-kadang kita perlu membuat Report dengan mengunakan Query & Report yang sedia ada, di mana kita mungkin hanya perlu membuat sedikit sahaja perubahan. Jika kita membuat Report yang baru dari awal semula, ianya akan membazirkan masa lebih-lebih lagi bagi Report yang agak rumit. Untuk atasi masalah tersebut, kita hanya perlu copy Query & Report asal dan namakan dengan nama yang baru, sesuai dengan apa yang kita perlukan. Apabila kita telah membuat salinan Report tersebut, kita perlulah menukar sumber Query supaya mendapat hasil yang diinginkan. Untuk menukar sumber Query - right click pada ruangan di luar paparan Report dan pilih Properties. Lepas itu lihat sumber Query dan carilah sumber Query yang diperlukan dan save. Dengan cara ini, ianya sangat menjimatkan.