Bagaimana mengatasi diabetis

Sebelum kita bercakap mengenai bagaimana untuk mengatasi diabetic, terlebih dahulu kita mesti faham kenapa sebab diabetic (diabetic jenis 2) berlaku. Secara umumnya masalah diabetic berlaku kerana gaya hidup yang tidak sihat; seperti banyak makan makanan yang tidak berkhasiat, makan secara berlebihan dan kurang bersenam. Apabila kita banyak makan dan kurang melakukan pergerakan fizikal, maka badan kita akan menjadi gemuk/obesiti dan obesiti ialah salah satu punca terjadinya diabetic.

Bila kita banyak makan, maka makanan akan diproses menjadi gula dan apabila kandungan gula di dalam darah menjadi tinggi, penkries akan mengeluarkan insulin untuk menstabilkan kandungan gula. Jika amalan tidak sihat dilakukan secara berterusan maka lama-kelamaan pengkries menjadi lemah untuk mengeluarkan insulin yang secukupnya. Bila keadaan itu terjadi, maka tubuh kita dikatakan mengalami rintangan terhadap insulin.

Itulah secara ringkas berkenaan dengan kenapa diabetic berlaku. Walaubagaimanapu  faktor genetic juga ada mempengaruhi tetapi sebab utama ialah disebabkan gaya hidup yang tidak sihat. Apabila seseorang menghadapi diabetic dan berjumpa dengan doktor dan sekiranya kandungan gula agak tinggi maka doktor akan menyarankan untuk mengambil ubat. Suatu perkara yang patut diketahui ialah ubat diabetic bukan penyembuh - ia hanyalah untuk mengawal kandungan gula di dalam darah semata-mata. Selain itu, pengunaan ubat yang berterusan akan memberikan kesan sampingan yang lain pula.

Anda jangan silap faham pula - nasihat doktor adalah penting tetapi kita juga harus tahu apa yang kita buat, misalnya apakah kesan sampingan pengunaan ubat diabetic secara berpanjangan?. Kita juga harus faham iaitu penggunaaan ubat deabetic bukan ubat penyembuh! Ini kerana ubat diabetic bukan mengatasi masalah asal kenapa diabetic berlaku. Untuk mengatasi diabetic, kita mesti tahu asas pokok kenapa diabetic terjadi dan selepas itu kita cuba untuk mengatasi masalah asas tersebut daripada punca asal.

Sepertimana yang dinyatakan di awal artikel ini, sebab pokok terjadi diabetic ialah gaya hidup yang tidak sihat. Oleh itu, untuk mengatasi masalah diabetic, kita mesti mengatasi masalah itu terlebih dahulu. Pertama sekali pengidap diabetic mesti mengurangkan berat badan dan mencapai berat badan normal. Ini kerana obesiti adalah punca utama diabetic. Untuk mengatasi obesiti, mestilah melakukan pergerakan fizikal yang mencukupi. Adalah disarankan kita melakukan aktiviti fizikal/senamam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu dan setiap kali senaman sekurang-kurangnya 45 minit.

Selain itu mestilah minum air putih secukupnya; bagi mereka yang berat badan 80kg, perlu minum air 3 liter sehari. Ada artikel menyatakan hanya dengan terapi air sahaja boleh memberikan kesan yang menakjubkan! Terapi air putih adalah seperti berikut; Bila bangun pagi, terus minum air putih sebanyak 5 gelas dan sepanjang hari mestilah minum air yang secukupnya bergantung kepada berat badan seseorang.

Salah satu sebab lain kenapa terjadi diabetic ialah tubuh kekurangan mineral yang diperlukan oleh badan. Gaya hidup moden menyebabkan masyarakat lebih suka mengambil makanan yang diproses dan kurang mengambil makanan segar secara semula jadi seperti sayur-sayuran dan buah-buahan. Ada artikel yang mengatakan, pengidap diabetic boleh sembuh dengan cara mengamalkan memakan sayur-sayuran segar secara berterusan dan mengurangkan makanan yang diproses. Sayur-sayuran segar boleh dimakan mentah atau dibuat jus. Amalan meminum air di dalam tin adalah sangat tidak sihat kerana ianya mengandungi kandungan gula yang tinggi. Makanan moden yang kita makan kebanyakannya tidak berkhasiat dan mendatangkan banyak toksin di dalam badan kita. Oleh itu, kita perlu nyah-toksin dari badan kita. Antara cara yang paling mudah ialah dengan amalan meminum air kosong bersih yang mencukupi setiap hari.

Kenali apa yang kita makan

Makanana yang kita makan boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu low glycemic index dan high glycemic index. Dalam bahasa yang mudah, low glycemic index bermaksud makanan yang kita makan akan diproses secara perlahan-lahan untuk menjadikan gula. Manakala high glycemic index pula ialah makanan yang kita makan akan cepat diproses untuk menjadikan gula. Oleh itu, bagi pengidap diabetic, mereka hendaklah memilih makanan yang mempunyai low glacemic index - dengan itu, makan yang kita makan akan diproses secara perlahan-lahan dan dengan itu kandungan gula dalam darah juga akan terkawal.

Contoh makanan mengikut kelas glycemic index:

Rendah:

  • Kebanyakan buah-buahan dan sayuran (kecuali kentang, semangka)
  • Roti kasar
  • Pasta
  • Kacang-kacangan
  • Susu
  • Yoghurt
  • Produk sangat rendah karbohidrat (beberapa keju, kacang, minyak goreng)

Sederhana:

  • Seluruh produk gandum
  • Beras basmati
  • Ubi jalar
  • Gula meja

Tinggi:

  • Jagung serpih
  • Rice Krispies
  • Kentang panggang
  • Semangka
  • Croissant
  • Roti putih
  • Nasi yang paling putih (misalnya melati)
  • Glukosa

Oleh itu, kita mestilah tahu apa yang kita makan supaya boleh mengawal kandungan gula di dalam darah. Selain itu kita juga perlu mengambil makanan yang banyak serat. Kandungan serat di dalam makanan akan menyerap kolestrol dan ia juga boleh membantu mengurangkan masalah kandungan gula di dalam darah.