Bagaimana Mengatasi Kebimbangan

Bimbang !....sekiranya anda mempunyai perasan bimbang maka janganlah merasa segan atau malu kerana ianya adalah lumrah kehidupan manusia dan hampir semua manusia mempunyai perasaan bimbang, ianya juga bermakna anda masih normal - kerana hanya orang yang normal sahaja merasa bimbang !.

Bimbang pula berpunca daripada banyak perkara, daripada benda yang kecil-kecilan sehingga kepada benda yang dapat membuatkan sesetengah orang tidak dapat tidur sehingga berhari-hari dan yang lebih dasyat ada yang membunuh diri.

Saya sangat tertarik dengan apa yang diceritakan oleh Dale Carnagie di dalam buku "How to stop worrying and start living" itu sangat berguna dan mujarab sekali. Ianya bukan seperti pain-killer yang menyembuh untuk sementara, tetapi ianya semacam ubat yang menghapuskan penyakit itu sekaligus. Dale Carnegie bukan seorang yang bercakap atau menulis secara teori tetapi ianya adalah hasil daripada pengalaman dan kajian secara nyata.

Untuk memendekan ulasan, saya terus kepada teknik-teknik yang diajar oleh Dale Carnegie iaitu bagaimana untuk menghindari perasaan bimbang dan memulakan hidup baru.

Cara-cara Mengatasi Kebimbangan & Memulakan Hidup Baru: -

  1. Hidup dalam "jangka waktu yang terbatas"
  2. Menilai kemungkinan paling buruk dan bertindak
  3. Membuat analisa dan menyelesaikan masalah kebimbangan
  4. Menjadi sibuk
  5. Jangan pedulikan hal yang remeh-temeh
  6. Membuat kiraan mengikut hukum normal/hukum alam
  7. Terimalah kenyataan dan sesuaikan diri
  8. Tentukan batas kerugian
  9. Jangan maratap kenangan lalu tapi carilah jalan keluar
  10. Ubah cara berfikir
  11. Jangan berdendam
  12. Ikhlas
  13. Bersyukur & bermurah hati
  14. Jadilah diri sendiri(jangan iri hati & jangan meniru orang lain)
  15. Jangan merungut tapi bertindak dengan apa yang ada
  16. Jadikan musuh sahabat, yang belum kenal jadikan kawan
  17. Lupakan diri sendiri-jadikan orang lain gembira
  18. Mendekati Tuhan
  19. Laksanakanlah sebaik-baiknya sehingga kritikan tidak boleh menyakiti anda
  20. Buat catatan kesilapan diri dan cuba perbaiki (muhasabah diri)
  21. Berehat dan bertenanglah sekerap yang mungkin
  22. 6 cara supaya jangan cepat letih dan bimbang & menaikan semangat
  23. Bagaimana mencari pekerjaan yang dapat membuatkan anda bahagia dan berjaya
  24. Bagaimana mengurangi rasa sedih dan bimbang akibat masalah kewangan?

...bersambung