Internet Search

Cara mengenali simptom stroke

CARA MENGENALI SIMPTOM STROKE

Seorang Neurologist menyatakan, bahwa mangsa stroke dlm 3 jam pertama serangan dpt sembuh sepenuhnya (in shaa Allah), jika dapat  dikenali simptom serangan stroke dan mangsa diberi rawatan awal. Sebaiknya dalam tempoh 3 jam selepas simptom stroke disahkan bagi mengelakkan kerosakkan saraf yang berkekalan

Mengingati dan memahami maksud S - TA - R: 
Para doktor menyatakan orang terdekat dengan seeorang yang dikhuatiri menghadapi serangan stroke akan dpt mengenalpasti stroke telah berlaku dgn menanyakan 3 perkara kepada  yang mudah. 

Ingat 3 langkah "S-TA-R" (atau BINTANG) , iaitu :

1 - S: SMILE
Minta mangsa utk senyum. 
Kalau pipi atau bibir senget atau miring, maka ada kelumpuhan saraf. Ini adalah satu tanda gejala stroke. 

2 - TA: TALK
Minta mangsa utk berbicara ungkapan yang singkat, contohnya: Hari ini hari Selasa atau apa saja. 
Kalau nada atau 'telo' jawapannya agak pelat atau kedengaran agak asing bunyinya, ini juga satu tanda gejala stroke.

3 - R : RAISE BOTH ARMS 
Minta mangsa untuk mengangkat kedua-dua belah tangan.
Kalau tidak mampu mengangkat tangannya, bererti ada kelumpuhan saraf. Ini juga satu tanda gejala stroke. 

*Jika ada salah satu gangguan yang ditemui ketika melakukan 'S-TA-R' ini, segeralah mendapatkan rawatan dan ceritakan keadaan ini kepada petugas perubatan. 

Cara lain untuk mengenali stroke adalah dengan meminta si mangsa menjulurkan lidahnya. 
Jika "bengkok" dan menyimpang ke satu arah, ini juga merupakan suatu tanda gejala stroke.