Internet Search

Facebook Note

Facebook Note membolehkan anda menulis dengan lebih panjang, berbanding dengan menulis di Post Status yang mempunyai had jumlah perkataan. Facebook Note seakan Blogging

Antara benda yang kita boleh gunakan Note ialah misalnya:

  • Membuat ringkasan blog / laman web dan letakan link blog / web site di situ. 
  • Membuat artikel pengenalan kepada produk baru anda dan letakan link di situ
  • Membuat makluman kepada pelangan / prospek tentang makluman yang penting seperti Peraduan / Promosi dan sebagainya
  • Membuat catatan trip lawatan - dengan memasukan gambar-gambar yang berkaitan dan cerita. Lepas itu berikan link Note tersebut pada pelangan anda. Pelangan anda mungkin juga akan membuat komen di situ, maka komen tersebut akan viral kepada kawan-kawan mereka. Ini adalah satu peluang yang hebat untuk mempromosikan bog/website anda !
  • Boleh juga untuk kongsikan resepi anda dengan gambar-gambar yang menarik

Manfaat facebook Note:

  • Ianya boleh menarik perhatian - misalnya jika anda menulis di blog anda, tiada siapa yang tahu. Tetapi jika anda link artikel baru anda pada Note, maka ianya akan dipaparkan di News Feed
  • Note juga akan diindex di Google - oleh itu ianya akan keluar pada carian google
  • Dengan Note, kita boleh share link blog - ini boleh menarik orang untuk link kepada blog/website anda
  • Untuk masa akan datang, mungkin facebook akan menambahkan lagi fungsi Note - oleh itu, adalah bagus kalau kita mengunakan Note sekarang.

Info mengenai Facebook Note:

  • Selain daripada gambar & tahuk, hanya 4 barisan pertama daripada Note akan dipaparkan apabila Note di Share. Oleh itu, pada paragraf pertaman tersebut, pilih perkataan yang dapat menarik perhatian pembaca..
  • Jika tidak dimasukan gambar header, maka akan nampak 2 barisan kosong pada note tersebut. Oleh itu, usahakan untuk meletakan gambar yang sesuai kepada setiap Note.
  • Kita boleh meletakan Gambar & Embed (Facebook, Giphy, Instagram, SoundCloud, Twitter, Vimeo, Vine, and YouTube.) pada content
  • Untuk Bolg, Italic, Mono, Link - highlight pada text dan paparan pilihan akan keluar
  • Untuk Tag page / Group / Nama Orang - taipkan @ dan mulakan menaip..
  • Anda boleh setkan siapa yang boleh melihat Note anda
  • Note juga mempunyai Comment dan anda boleh berinteraksi dengan prospect

Limitasi Note:

  • Tiada butan Undo - jika anda delete, maka tidak boleh undo
  • Text editor adalah terhad kepada yang asas sahaja