Facebook untuk pemasaran

Submitted by admin on Fri, 12/02/2016 - 18:27

Untuk membuat promosi atau pemasaran mengunakan media sosial memerlukan perancangan yang rapi. Apabila anda telah membina facebook page, bukan bererti kerja anda sudah selesai dan orang ramai akan datang secara berduyung-duyung..kalau begitu, semua orang boleh berjaya!.

Tetapi kita boleh lihat - berapa ramai usahawan yang mengunakan facebook tetapi berapa ramaikah yang betul-betul berjaya? Persoalan itulah kita mesti tanya dan carikan jawapan. Sebenarnya pemasaran mengunakan facebook atau media sosial yang lain melibatkan elimen psikologi dan teknologi.

Elimen teknologi itu ialah media sosial itu sendiri - kita mestilah tahu dan faha bagaimana untuk mengunakan teknologi tersebut dengan sebaik mungkin. Manakala elemen psikologi ialah sangat penting kerana kita cuba menarik perhatian manusia dan manusia bertindak berdasarkan emosi / psikologi.

Kita mesti tahu apa yang manusia suka dan apa yang manusia tidak suka, tahu. Ada perpatah mengatakan "Jika anda dapat menguasai manusia, anda dapat menguasai dunia". Secara sedar atau pun tidak semua iklan sama ada di media sosial atau media cetak - semuanya mengunakan elimen psikologi.

Sekarang kita berbicara tentang bagaimana membuat pemasaran mengunakan facebook page. Katakan anda sudah membuat facebook page anda..adakah secara otomatik orang akan melawat page anda?. Mereka sebenarnya tidak peduli pun tentang page anda - apa yang manusia peduli ialah tentang diri mereka sendiri..oleh itu, jika anda mahu orang lain datang kepada page anda, anda mestilah dahulu perdulikan mereka..kaji dan faham apa kesukaan mereka..dan berikan apa yang mereka mahu (bukan apa yang kita mahu).

Jika anda tahu kehendak atau kesukaan manusia dan anda dapat memberikan kehendak atau kesukaan itu kepada mereka..anda akan berjaya !. Bagi saya, di dalam strategi pemasaran, dua elimen yang perlu kita mesti betul-betul faham iaitu: Psikologi & Sains. 

Ada banyak cara untuk mengunakan facebook untuk pemasaran. Antaranya ialah:

  1. Jika anda baru membuka faceb0ok page - sent email blast kepada kenalan anda
  2. Meletakan facebook like box di laman web
  3. Letakan link facebook page pada Signature email
  4. Tuliskan alamat facebook page pada mana-mana yang berkaitan - seperti di business card, papan tanda pejabat, atau mana-mana sahaja yang sesuai
  5. Mengetahui masa yang sesuai untuk buat posting. Untuk mengetahui bilakah masa yang sesuai, boleh lihat di Insight sebagai panduan. Jenis post juga perlu dilakukan sesuai dengan masa; cth: pagi - post link (misalnya berita semasa). Petang - post yang santai misalnya meme, lucu, quote. Lihat adakah berlaku peningkatan di dalam engagement - ubah mana yang patut.
  6. Post yang sesuai pada hari minggu cth: Soalan, Quote & Gambar - cuba dan lihat post yang jenis manakah berjaya menarik perhatian.
  7. Membuat Schedule Post - setkan bila sesuatu post akan diterbitkan
  8. Ketahui jenis posting yang mendapat perhatian..Mengikut kajian, antara posting yang berjaya menarik perhatian ialah: posting berunsur emosi, posting yang berunsur lucu..
  9. Peraduan dan hadiah percuma
  10. Mengalakan audience untuk terlibat di dalam page anda - post engagement
  11. Gunakan Gambar, Video & GIF Animation untuk menangkap perhatian. Orang sangat suka kepada video & gambar, oleh itu gunakannya dengan baik dan kemas. Gambar boleh meningkatkan perhatian sehingga 120%.
  12. Share YouTube yang bermutu
  13. Pastikan setiap posting mempunyai gambar/video/gif animation
  14. Gunakan hastage - untuk menyenangkan penguna melihat posting di dalam kategori yang sama
  15. Aktifkan diri dengan komuniti facebook
  16. Libatkan diri dengan facebook page lain yang mana terdapat ramai prospect di situ. Letakan komen dan komen tersebut akan dilink kan semula ke page anda
  17. Masukan butan Call to Action
  18. Cipta atau masuk facebook Group.
    1. Open group
    2. Closed Group
    3. Secreat Group
  19. Jaga pelangan anda & berterusan berhubung dengan mereka
  20. Memberikan maklumbalas dengan segera seperti menjawab masej dan sebagainya
  21. Posting content yang bersesuaian dengan prospect
  22. Engage dengan prospect
  23. Buat post yang pendek & menarik perhatian
  24. Mencuba post yang pelbagai & lihat kesannya
  25. Mencari segment yang sesuai
  26. Buat iklan berbayar / Ads - setkan secara tetap berapakah kos yang diperuntukan untuk setiap tujuan, cth: berapa untuk buat add like dan sebagainya
  27. Fokus kepada matlamat asal
  28. Ciptakan jenama sendiri
  29. Letakan Testimonial
  30. Jangan over sell 
  31. Update Cover Photo secara berkala - cover yang sama kadang2 akan membosangkan
  32. Share fan-created content
  33. Fill in the blanks
  34. Photo captions
  35. Menjadi berbeza dengan pesaing - jika page anda sama sahaja dengan page pesaing, maka ianya adalah sama sahaja bagi mata prospect. Ciptakan kelainan dan menjadi lebih lain dari yang lain..
  36. Vote dengan Like & Share butan: cth: A untuk Liek, B untuk Share..
  37. Membuat analisa keberkesanan strategi - gunakan Insight dan lain-lain 

7 langkah strategik pemasaran melalui facebook

1) Kenali apa matlamat anda

Sebelum kita membuat apa-apa pun, kita mesti tahu apa matlamat kita kerana tanpa matlamat yang jelas, maka kita akan kehilangan arah tujuan. Di antara contoh matlamat utama pengunaan pemasaran facebook ialah:-

  1. Memperkenalkan produk atau perniagaan anda / brand awareness
  2. Mahu keterlibatan komunity / community engagement
  3. Mahu meningkatkan jualan
  4. Mahu meningkatkan pengunjung laman web

2) Cari dimana prospek anda

 Di antara faktor-faktornya ialah; di mana prospek tinggal, jantina, pendidikan, umur dan sebagainya. 

3) Intaraksi secara aktif dengan pelawat facebook anda

Jika anda tidak berintaraksi dengan pelawat facebook anda, mungkin mereka tidak akan datang lagi. Oleh itu, interaksi sangat penting. Sebarang pertanyaan mesti dijawab dengan segera. Jadikan page anda interaktif seperti perbincangan dan sebagainya. Page yang menarik dan interaktif akan menarik ramai pengunjung

4) Post secara berjadual

Post secara berjadual menjadikan page anda mempunyai posting yang baru. Ini sangat penting kerana jika kita tidak membuat posting secara berterusan, maka page anda akan menjadi boring dan orang tidak akan datang. Untuk posting, gunakan gambar atau video.

5) Mencari strategi iklan facebook yang terbaik

Iklan berbayar facebook sangat penting terutama jika anda masih baru dan tidak mempunyai ramai pengikut.  Ada banyak iklan berbayar dan anda harus pandai memilih mengikut keperluan anda.

6) Gunakan staff anda untuk menjaga page

Anda mungkin tidak mempunyai masa yang cukup untuk menguruskan kesemua benda, oleh itu minta staff anda untuk menolong anda untuk membuat posting, menjawab pertanyaan dan sebagainya.

7) Lihat dan kaji hasil usaha anda

Segala langkah yang anda telah buat tidak mempunyai feadah jika tiada hasil..oleh itu, kita mesti melihat apakah kesan dari hasil usaha yang telah kita buat selama ini. Jika hasilnya tidak memuaskan, maka anda perlu cari apakah sebabnya. Kaji dan buat analisa apakah yang kurang dan perbetulkan supaya mendapat hasil seperti yang diinginkan.