Getaran minda

Getaran minda manusia atau human vibration frequencies mempunyai beberapa tahap; iaitu dari rendah kepada yang tinggi. Kadar frequency diukur dengan kadar hertz atau Hz.

High frequency

Kadar getaran tinggi / high frequency vibration

Low frequency

Kadar getaran rendah / low frequency vibration

Sebenarnya semua benda di dalam dunia ini mempunyai getaran atau vibration. Otak kita atau perasaan kita juga mempunyai getaran. tetapi setiap orang mempunyai kadar getaran yang berbeza.

Yang paling berpengaruh ialah perasaan - oleh itu kita mestilah menjaga perasaan supaya tidak mempunyai getaran yang rendah. Getaran yang rendah adalah berpunca dari perasaan yang buruk seperti; pemarah, benci, kecewa, malas, ego dan semua fikiran / perasaan negatif yang lain. Manakala getaran yang tinggi pula datang dari fikiran / perasaan / jiwa yang baik seperti; cinta, damai, harmoni, berbaik sangka, dan semua yang baik-baik.

Di bawah adalah jadual kadar getaran dan situasi perasaan sebagai panduan. kadar getaran yang biasa ialah 200. Mana-mana kadar getaran di bawah 200 adalah tidak baik. Anda boleh mengagak kadar getaran anda berdasarkan situasi perasaan seperti di jadual di bawah.

Kadar Getaran Situasi perasaan
1000 Hz Puncak tertinggi getaran manusia
600 Hz Mula memasuki kesedaran jiwa yang tinggi
530 Hz Mata ke tiga mula terbuka - dapat melihat benda-benda yang di luar kebiasaan. Ego sudah terbuang dalam diri. Deria menjadi bertambah peka dan terbuka
400 Hz Senang / cinta pada diri sendiri, orang lain, alam sekeliling
350 Hz Jiwa kuat menghadapi dunia
200 Hz NORMAL: Menerima hakikat kehidupan
180 Hz Keupayaan mengawal perasaan takut di dalam situasi bahaya / kesulitan
150 Hz Marah
100 Hz Ketakutan
50 Hz Tidak mempunyai harapan, kemurungan
30 Hz Rasa malu / tidak puas hati
20 Hz Perasaan bimbang atau tidak gembira disebabkan melakukan sesuatu perkara yang salah
0 Hz Mati

Sekiranya kadar getaran berada di bawah 200 - lakukan sesuatu supaya ianya meningkat sekurang-kurangnya kepada getaran normal. Dalam masa yang sama, berusaha untuk meningkatkan kadar getaran kepada yang tertinggi yang anda boleh capai.

Banyak kelebihan yang kita boleh dapat sekiranya kita mempunyai kadar getaran yang tinggi umpamanya kita akan mula menjadi lebih peka kepada dunia yang di luar kebiasaan.

Untuk berjaya di dalam kehidupan juga kita memerlukan getaran yang tinggi. Ini kerana yang baik-baik semuanya mempunyai getaran yang tinggi. 

Bagimana untuk meningkatkan kadar getaran:-

  • Buang ego dan sifat-sifat yang buruk & gantikan dengan sifat-sifat yang baik
  • Selalu pergi ke tempat alam semula jadi seperti taman-taman, pantai, hutan dsbnya
  • Makan makanan yang baik - organik atau makanan yang asli..buah-buahan dsbnya
  • Meditasi
  • Mendakatkan diri dengan Tuhan
  • Khusuk dalam solat
  • Lain-lain perkara yang berkaitan