Google Asense

Google Adsense merupakan perkhidmatan yang ditawarkan oleh google secara percuma, di mana pemilik laman web atau blog atau youtube boleh memasukan kod google adsense di dalam laman web mereka. Bila kita memasukan kod google adsense di laman web, iklan dari google akan keluar di situ dan apabila pelawat click iklan tersebut, pemilik laman web akan mendapat duit. Berapa banyak yang kita boleh dapat dari google adsense bergantung kepada berapa banyak pelawat yang melawati laman web dan berapa banyak clic yang dlakukan terhadap iklan tersebut.

Apabila kita sudah mempunyai akaun google adsense dan kita telah memasukan kod google adsense ke dalam laman web dan setelah jumlah terkumpul mencapai minima USD100, maka google akan menghantar cek kepada kita. Anda tidak perlu ragu-ragu tentang bayaran, setiap bulan jika jumlah terkumpul mencapai minima USD100, pasi google akan menghantar cek kepada anda.

Apa yang perlu dilakukan ialah cuba dapatkan sebanyak mungkin pelawat kerana lebih banyak pelawat maka lebih banyak peluang click dan seterusnya lebih banyak wang yang anda dapat.

Selain web site atau blog, anda boleh juga mengunakan youtube untuk memasukan google adsense. Create akaun youtube dan create chanel, selepas itu gunakan kreativit anda untuk memuatnaik video di youtube. Gunakan kreativiti anda sendiri untuk memuatnaik video yang mempunyai kebarangkalian untuk menarik pelawat untuk melihat video anda.

Business google adsense bukan skim cepat kaya - ianya memerlukan usaha, tenaga dan masa. Kesabaran dan terus berusaha adalah sangat diperlukan. Kajian dan belajar selok-belok tetang perniagaan google adsense sebanyak mungkin yang boleh supaya anda mempunyai gambaran yang jelas tentang bagaimana untuk berjaya di dalam bidang ini.