Internet Search

Kita adalah apa yang kita fikirkan

"Kita adalah apa yang kita fikirkan". Kenyataan tersebut memang betul dan tepat sama sekali. Ianya berkaitan dengan Hukum Tarikan / Law of Attraction. Penjelasan yang paling mudah tentang Hukum Tarikan ialah, kita akan menarik apa yang kita fikirkan. Kalau fikir perkara yang baik, maka perkara yang baik akan datang dan begitulah sebaliknya.

Mengeluh tentang nasib buruk yang kita hadapi adalah tidak mermanfaat sama sekali. Ini kerana lagi lama kita mengeluh, selagi itulah nasib tidak berubah. Sebaliknya jangan mengeluh, tetapi cuba mencari jalan bagaimana untuk mengubah nasib yang kita hadapi sekarang ini.

Satu perkara yang kita mesti ingat ialah - untuk mengubah nasib kita, kita mesti ubah fikiran kita dahulu!. Buanglah semua fikiran / perasaan / emosi yang negarif yang bersarang di dalam diri & gantikan dengan yang positif dan bersemangat.