Memahami wanita

Membaca hati wanita kadang-kadang lebih payah dari menyelesaikan masalah algibra..hihi. Ini kerana secara semulajadi, wanita mempunyai karekter yang berbeza dengan kaum lelaki, lebih-lebih lagi dalam soal perasaan atau hati. Wanita secara umumnya lebih sensitif, emosional berbanding lelaki. Oleh itu, lelaki perlulah cuba memahami karekter wanita agar hubungan menjadi lebih aman.

Untuk berhubung dengan wanita, lelaki mestilah cuba berfikir dengan cara wanita. Maksudnya, kita janganlah selalu mengunakan 'standard cara lelaki' apabila berhubung dengan wanita kerana wanita itu secara biologi dan psikologinya pun memang berbeza dengan lelaki. Misalnya, kalau lelaki biasanya lebih kepada strait to the point - apa yang dikatakan makan itulah maksudnya. Tetapi bagi wanita, kadang-kadang apa yang diucapakan bukanlah maksudnya yang sebenar, tetapi mungkin bermaksud yang sebaliknya..haha

Nabi kita pun ada memberi panduan tentang cara berhubung dengan wanita, iaitu wanita itu dijadikan dari tulang rusuk yang paling bengkok. Kita tidak boleh membetulkannya dengan cara yang keras, kerana ia akan patah. Sebaliknya kita mestilah mengunakan cara-cara yang paling lembut.

Bersambung..