Membuat Minor Update

Sebelum kita membuat update, terlebih dahulu kita faham istilah 'update' dengan 'upgrade'. Update bermakna kita membuat update kepada versi drupal yang sama - misalnya kita membuat update dari versi drupal 1.1 kepada versi drupal 1.2. Manakala updrage pula bermakna kita membuat upgrade dari versi drupal semasa kepada versi drupal yang berikutnya - contohnya kita membuat upgrade daripada versi drupal 6 kepada versi drupal 7.

Cara-cara membuat update drupal

Walaupun minor update agak mudah tetapi kita mesti berhati-hati terutamanya jika kita telah membuat modifikasi kepada theme dan sebagainya. Perkara pertama yang anda harus fikirkan sebelum membuat sebarang update ialah BACK-UP. Jangan abaikan sekali-kali untuk membuat backup. Ini kerana sekiranya proses update anda mendapat sebarang masalah, anda masih ada jalan untuk patah kembali kepada fail backup. Tetapi jika anda tidak membuat sebarang back-up dan jika terjadi masalah yang tidak dijangka, anda akan menghabiskan banyak masa untuk membuat setting sepertimana apa yang anda telah buat sebelum ini seperti costome theme dan sebagainya.

Di bawah ini adalah langkah-langkah bagaimana untuk membuat minor update:-

  1. Back-up database
  2. Back-up direktori "sites"
  3. Bak-up juga fail ".htaccess" & "robots.txt" jika anda telah membuat modifikasi terhadap fail tersebut
  4. Letakan web pada status "off-line"
  5. Jika anda menggunakan 'custome theme' atau 'contributed theme' - ubahkan buat sementara kepada theme asal iaitu Garland atau Bluemarine
  6. Disable buat sementara semua 'custome modules' & 'contributed modules'
  7. Copy fail up-date ke dalam 'folder isntalation' - tidak perlu copy file: .htaccess & robots.txt
  8. Copy semula fail "sites" 
  9. Copy semula fail ".htaccess" & "robots.txt"
  10. Run update.php
  11. Enable semula semua module yang telah desable sebelum ini
  12. Pindahkan semula kepada theme yang anda gunakan
  13. Selepas semuanya ok, setkan semula status kepada "online"
  14. Selesai..!