Kadang-kadang kita ingin mengubah format theme yang kita pakai sesuai dengan kehendak kita. Antara benda yang mungkin kita ingin ubah atau tambah ialah Ragion. Ragion asal biasanya ada 5 iaitu Header, Left, Right, Content dan Footer. Di sini saya tunjukan bagaimana untuk menambah satu lagi ragion yang saya namakan Top Ragion. Berikut adalah cara-cara. Cari fail “NamaThemeAnda.info”...cth: kalau anda pakai theme bluemerin - maka nama fail tersebut ialah bluemerin.info. Sekiranya drupal anda berada di web server, maka Kedudukan folder fail tersebut seperti berikut: (/public_html/namawebanda.com/themes/bluemarine/bluemarin.info). Buka fail tersebut menggunakan Notepad dan cari code di bawah:
Perhatikan saya telah menambahkan satu lagi ragion iaitu Top (yang berwarna biru). Setelah itu save kan fail tersebut. Selepas itu buka pula fail page.tpl.php kedudukan folder mungkin seperti berikut: (/public_html/namawebanda.com/themes/bluemarine/page.tpl.php).
Selepas itu buka fail tersebut dengan Notepad dan masukan kod di bawah pada bahagian yang sesuai. Kod yang ditambah tadi yang bewana biru seperti di bawah.
Save kan fail tersebut dan siap!. Sekarang theme anda telah mempunyai satu ragion lagi yang bernama Top Ragion. Anda boleh meletakan apa-apa di situ. Setelah anda membuat cara-cara di atas dan dapati tiada Top Ragion - sila Clear Cache drupal anda (Administration/Site Configuration/Performance/Clear Cache) dan tengok semula - pasti ada.
- Log in to post comments