Mengunakan prinsip Law of Attraction dengan betul

Saya tidak mahu bercerita panjang lebar berkenaan dengan Law of Attraction / LoA kerana saya berpendapat anda semua sudah faham. Kalau tidak faham sepenuhnya pun - secara konsepnya anda sudah faham. Jka anda tidak berapa jelas apa itu LoA, anda boleh google sahaja dan baca mengenainya. Di sini saya cuma ingin menulis perkara yang lebih penting iaitu persoalan "kenapa LoA tidak berkesan kepada saya?".

Prinsip asas LoA ialah kita menarik apa yang kita fikir..bunyi sangat mudah kan?; maknanya, jika kita selalu berfikir tentang perkara yang positif maka kita akan menarik perkara yang positif dan begitulah sebaliknya. Ramai orang telah belajar LoA dan telah mencuba..tatapi tiada kesan..!.  Adakah LoA itu tidak berkesan? Sebenarnya LoA memang berkesan, cuma mungkin kita tersilap faham konsepnya..

Sebenarnya LoA berkesan jika kita berperasaan positif - bukan berfikir positif !. Adakah kenyataan saya itu pelik?. Kita ambil contoh; misalkata kita telah belajar LoA dan cuba mengubah kehidupan kita kepada yang lebih baik dengan mengamalkan berfikir positif. Ambil contoh misal anda seorang usahawan dan katakan anda mahu menambahkan jualan anda pada bulan berikutnya kepada sekali ganda daripada jualan  sekarang. Jadi, anda cuba mengunakan teknik LoA dengan berfikir positif (dan sudah tentu anda juga telah berusaha dengan lebih gigih). Sekiranya di dalam anda berfikir positif tersebut dan dalam masa yang sama di dalam hati anda mempunyai sedikit keraguan..misalnya "eh..bolehkah aku dapat..". Itu bererti anda sudah berfikir positif tetapi anda tidak berperasaan positif...!

Itulah sebenarnya masalahnya. Kita mesti faham iaitu LoA tidak berlaku hanya dengan berfikir positif - tetapi yang lebih pentingnya ialah kita mestilah berperasaan positif / keyakinan yang padu dan tidak berbelah bagi..! Bayangkan jika setiap pagi anda bangun dari tidur, anda mengulang-ulang perasaan keyakinan yang sama setiap hari - perasaaan keyakinan anda itu teguh sehingga anda mungkin merasa suatu getaran semangat yang bergemerincing ke seluruh tubuh badan anda (suatu semangat yang luar biasa). Bila demikian perasaan anda - sebenarnya anda telah menghantar getaran energy / getaran tenaga perasaan anda itu ke seluruh alam semesta. Getaran itu akan bergerak seumpama gelombang radio - ianya akan mencari di manakah gelombang yang sama. Jika gelombang itu berbentuk positif, maka ianya akan berhubung dengan gelombang-gelombang di serata alam yang juga positif. Sebagai contoh; jika anda membuka radio saluran Kuala Lumpur misalnya..adalah mustahil anda akan mendapat saluran Kuantan !. begitulah perasaan kita..hantarkan gelombang perasaan positif, ceria, cinta, damai, syukur...benda yang sama akan datang kepada anda.