Internet Search

Mind Power

Mind Power atau Kuasa Minda adalah suatu istilah yang digunakan untuk menunjukan akan kehebatan yang ada pada minda manusia. Minda dan otak adalah tidak sama. Haiwan mempunyai otak tetapi tidak mempunyai minda, sebab itu haiwan tidak boleh berfikir. Manakala manusia mempunyai otak dan minda yang diberikan oleh Allah yang denganya manusia dapat berfikir secara logik, membuat kajian, membuat analisa, membuat jangkaan atau membuat teori dan sebagainya.

Berapa hebat minda manusia? Jawapannya ialah sangat hebat!. Dengan mindalah manusia boleh menjadi khalifah di muka bumi ini. Allah telah bekalkan manusia dengan akal fikiran/minda dan dengan minda itulah manusia boleh menguasai bumi. Tanpa akal fikiran atau minda, manusia tiada beza dengan haiwan. Bahkan tanpa minda, manusia lebih lemah daripada sesetengah haiwan yang mempunyai saiz dan tenaga yang lebih kuat dari manusia seperti harimau, singa, gajah, seladang, lembu...dan sebagainya.

Lembu mempunyai tanduk yang tajam sebagai senjata, harimau dan singa mempunyai taring dan kuku yang tajam dan kuat untuk memburu, kuda mempunyai kaki yang kuat dan tangkas untuk berlari, gajah pula mempunyai badan yang besar...begitulah yang lainnya, masing-masing dibekalkan oleh Allah kelebihan masing-masing supaya boleh menjaga diri sendiri dan mencari makan sesuai dengan kejadian masing-masing. Jadi apa pula kelebihan manusia? sudah tentulah akal fikiran atau minda yang mampu berfikir. Kekuatan fizikal yang ada pada haiwan boleh dikalahkan oleh keupayaan minda manusia.

Adakah kehebatan minda manusia hanya setakat itu sahaja? jawapanya tidak! - minda manusia boleh bekerja lebih dari itu dan ianya sangat mengagumkan. Tetapi hanya sedikit sahaja manusia yang sedar dan menggunakan keupayaan minda mereka secara optimum. Oleh sebab itu kita dapati hanya sedikit sahaja manusia yang hebat berbanding dengan keseluruhan manusia. Mengikut kajian, kekayaan manusia dikuasai oleh 20% golongan tertentu. Begitu juga dengan pekerjaan - 80% manusia bekerja untuk 20% manusia lain.