Pemasangan Drupal di localhost

Langkah-langkah pemasangan Drupal secara 'straight foward'

1) Download XAMPP

2) Install di komputer anda misalnya: c:\xampp

3) Buka folder tersebut seperti berikut: c:\xampp\apache\conf\ dan cari fail httpd.conf

4) Buka fail httpd.conf  dengan mengunakan Notepad atau Notepad++

5) Cari perkataan "Listen 80"

6) Tukarkan menjadi Listen 8080

7) Cari perkataan "ServerName localhost:80"

8) Tukar menjadi ServerName localhost:8080

9) Selepas itu, reboot komputer dan start XAMPP

XAMPP Control Panel

10) Click Start Apachee & MySql seperti di atas

11) Sekarang cuba taipkan http://localhost:8080/ pada browser. Kalau pemasangan betul, sepatutnya Dashboard XAMPP akan dipaparkan seperti di bawah

xampp

12) Cuba pula taip http://localhost:8080/phpmyadmin/  pada browser dan paparan akan keluar seperti di bawah

create database

13) Click Database dan ciptakan / create nama database, cth: mysite, selepas itu click butan create. Perhatian: Ingat nama database tersebut kerana ianya akan digunakan apabila kita memasang Drupal pada step yang berikutnya

14) Click Server: 127.0.0.1 dan click User Accounts, lepas itu click Edit Privileges

15) Masukan: 

     username: root
     hostname: localhost

16) Click Change Password dan masukan apa-apa password (Perhatian: ingat password tersebut untuk digunakan pada pemasangan Drupal pada step yang berikut nanti)

17) Sekarang, buka fail mengunakan Notepad / Notepad++ C:\xampp\phpMyAdmin\config.inc.php

18) Tukarkan user & password seperti yang dibuat di atas tadi

     $cfg['Servers'][$i]['user'] = 'root';

     $cfg['Servers'][$i]['password'] = 'passwword_anda tadi';

19) Selepas itu restart XAMPP dengan menekan butan Stop untuk Apache & MySql. Lepas itu click Start semula

20) Selepas itu, pergi ke folder XAMPP dan click folder htdocs (xampp/htdocs)

21) Ciptakan / create folder baru dengan nama lamanweb anda, cth: mysite (gunakan nama lamanweb anda yang sebenar)

22) Download Drupal Core

23) Extract fail tersebut (dengan rar @ zip)

24) Masukan / copy folder fail Drupal Core tersebut pada folder htdocs tadi (folder tersebut menjadi seperti berikut: xampp/htdocs/namawebsiteanda)

25) Sekarang taipkan do brower http://localhost:8080/namawebsiteanda

26) Laman web anda akan dipaparkan..

27) Dia keluar arahan pilihan bahasa - pilih Instal Drupal in English

28) Tatapan/Configure Site:

Database Name: masukan nama database yang anda telah buat sebelum ini

Database username: masukan root

Site name : masukan nama lamanweb anda

Site e-mail address : masukan email anda atau biarkan seperti asal

29) Setting Administator account

  1. User name : letakan apa-apa - contoh "Admin"
  2. Email adddress : masukan email anda
  3. Password : masukan password anda sendiri
  4. Masukan sekali lagi password

30) Tekan Save and continue

Selesailah anda memasang drupal pada komputer anda. Lepas itu, anda sudah boleh memasukan content. Untuk membuat penambahbaikan atau enhancement pada lamanweb anda, itu anda boleh cuba-cuba sendiri dan belajar sedikit demi sedikit. Untuk menambahkan fungsi lamanweb drupal anda, anda boleh melihat Module yang sesuai dengan keperluan anda. Untuk menukar theme, anda boleh memilih theme yang sesuai dengan anda. Sekarang anda hanya baru bermula..untuk mempertingkatkan lagi lamanweb drupal anda, anda harus belajar sedikit demi sedikit..