Pengenalan

Lelaki & wanita diciptakan dengan personaliti dan karekter yang berbeza. Sekiranya anda mahu lebih memahami rakan jantina anda, anda haruslah memahami sedikit sebanyak tentang perbezaan karakter tersebut. Oleh itu, jika anda seorang wanita dan mahu melihat atau memahami lelaki, anda tidak boleh melihat dan menilai melalui persepsi anda sebagai wanita. Begitu juga sebaliknya, jika anda lelaki dan mahu menilai wanita, anda juga tidak boleh menilai dari sudut pandangan lelaki.

Lelaki dan wanita tidak sama. Lelaki sesama lelaki & wanita sesama wanita juga mempunyai personaliti dan karekter yang berlainan wapaupun sama jantina. Walaubagaimanapun, untuk artikel ini, saya hanya ingin fokus kepada personaliti secara umum antara lelaki dan wanita.

Lelaki umumnya lebih terbuka dan lebih lasak berbanding dengan wanita. Wanita pula lebih lembut, lebih menyembunyikan emosi. Lelaki banyak mengunakan logik manakala wanita lebih banyak mengunanakan perasaan atau emosi. Sebab itu kadang-kadang kita dapati lelaki dan wanita mempunyai percangahan pendapat di dalam satu-satu perkara. 

Jika misalnya anda selalu bercangah pendapat dengan suami atau isteri anda tentang sesuatu perkara, maka janganlah anda dengan mudah merasa kecewa, ini kerana masing-masing lelaki dan wanita mempunyai penilaian yang berbeza tentang sesuatu isu atau perkara. Sebagai contoh, suami anda mahu mengunakan wang yang ada untuk memulakan perniagaan, manakala isteri pula mahu mengunakan wang tersebut untuk membeli rumah pertama mereka. Perbezaan pendapat ini mungkin didorong oleh penilaian yang berbeza antara suami dan isteri. Dalam perkara ini, suami atau isteri semuanya betul..bergantung kepada penilaian masing-masing. Wanita lebih bersifat ingin benda-benda yang mejamin masa depan.

Dalam contoh tadi, isteri mungkin merasakan membeli rumah pertama adalah pilihan yang tepat kerana dengan adanya rumah sendiri, kehidupan mereka lebih terjamin. Manakala suami pula mungkin didorong oleh sifat suka cabaran dan mengambil risiko (karakter umum lelaki). Mungkin suami berpendapat, wang yang ada boleh digunakan untuk memulakan perniagaan sendiri dan sekiranya perniagaan maju, rumah boleh dibeli kemudian. Jadi, melalui contoh tersebut kita boleh melihat bagaimana cara penilaian lelaki dengan penilaian wanita !

Sebenarnya, kejadian dan sifat lelaki dan wanita yang berbeza itu adalah pelengkap dan bukannya  suatu masalah. Lelaki yang bersifat suka melakukan benda-benda yang mencabar, jika tidak diseimbangkan dengan sikat wanita / isteri yang lebih bersifat 'secure' atau lebih berhati-hati, maka mungkin menimbulkan masalah. Begitu juga sifat wanita yang lembut, lebih berhati-hati jika tidak diseimbangkan dengan sifat suami / lelaki yang suka kepada cabaran, maka mungkin pasangan atau keluarga tersebut tidak melakukan sesuatu untuk memajukan lagi kehidupan mereka (cukup sekadar apa yang ada).

Ini adaah pengenalan ringkas tentang memahami personaliti atau karakter lelaki & wanita. Oleh itu, jika anda ingin memahami pasangan anda dengan lebih baik, maka anda haruslah belajar dan mencari ilmu berkenaan perkara tersebut. Mudah-mudahan kehidupan berkeluarga anda akan lebih aman dan bahagia..