Petua hidup tenang

1. Jangan bandingkan hidup kita dgn orang lain.
Kita tidak tahu susah senang kehidupan mereka. Hidup mewah bukan jaminan ketenangan.

2. Jangan berfikiran negatif terhadap perkara di luar kawalan kita.
Tumpukan pada apa yg kita ada. Tenaga, masa & wang kita, fokus terhadap perkara positif yang dalam kemampuan kita buat masa ini.

3. Tidak berlebihan melakukan di luar kmampuan kita.
Cukuplah sekadar kemampuan anda. Jangan terlalu obses.. Redha.

4. Jangan terlalu beremosi terhadap diri sendiri, jika ada yang perli, herdik & tengking.
Hanya senyum kan saja.

5. Jangan bazirkan tenaga & masa  terhadap gosip politik dan gosip liar keterlaluan yg menyemakkan fikiran.

6. Berfikir dengan tenang & positif terhadap masalah dan musibah yg menimpa.

7. Iri hati adalah sia-sia.
Harta org bukan rezeki & hak kita.

8. Jangan ungkit kesilapan pada masa lampau. 
Lupakan! Ianya akan menghancurkan kegembiraan kita di masa depan.

9. Hindari membenci sesiapa.Sebarkan dan pupukkan kasih sayang..

10. Berdamailah dengan diri dan bersyukur dgn apa yg ALLAH telah kurniakan..

11. Tiada siapa yang boleh menggembirakan kita selain dari diri kita sendiri..

12. Hidup ini seperti sekolah & kita harus terus belajar & terus belajar.. Jangan mudah putus asa dengan masalah & bayang2 sendiri.

Nota: Sumber info dari media sosial / whatsapp