Reiki

Assalamualikum,

Saya ada terbaca pelbagai persoalan mengenai praktik reiki. Ada yang mengatakan belajar reiki itu salah dari sisi Islam & ada yang mengatakan tiada apa yang bersalahan dengan Islam. bagi saya, saya sendiri tidak boleh memberikan apa-apa komen kerana saya tidak faham dengan jelas perjalanan praktik reiki tersebut. Jika anda mempunyai ilmu dan pendapat, anda boleh memberikan komen anda. Saya meletakan tajuk reiki di dalam kategori paranormal kerana bagi saya ianya masih belum jelas dari segi pemahaman normal.

Bagi saya, sebelum memberikan apa-apa komen atau hujahan kepada apa-apa persoalan, kita mestilah faham dengan betul tentang subjek yang dibincangkan. Fikiran pula mestilah terbuka dan berlapang dada. Jangan terpengaruh / bias dengan pendapat kita sendiri. Terbukalah untuk menerima semua pendapat orang lain dan analisalah dengan ilmu yang kita ada. Jika kita merasakan ilmu kita sendiri tidak dapat memahami perkara yang dibincangkan, makan cuba cari dan belajar dengan orang yang lebih arif. Jangan kita dengan mudah mempersoalkan tentang perjalanan orang lain dengan hanya alirannya tidak sama dengan aliran kita. Jika sesuatu persolan datang kepada kita dan kita tidak pasti kebenarannya, makan kita mestilah mengkaji dan memahaminya terlebih dahulu sebelum memberi apa-apa pendapat. Kalau kita tidak boleh berbuat demikian, maka lebih baik kita diam sahaja.

Sebagai contoh, katakan saya ialah seorang ustaz yang mahir dengan ilmu agama, sedangkan saya tidak tahu sedikit pun berkenaan dengan reiki – jadi saya tidak boleh memberikan apa-apa komen tentang reiki sama ada ianya bertentangan dengan Islam atau tidak. Untuk memberikan komen, saya mestilah belajar dan kaji dengan mendalam apa itu reiki, bagaimana praktik reiki..dan kaji selengkapnya berkenaan dengan reiki. Selepas itu, bolehlah saya memberikan pandangan dengan berdasarkan ilmu yang saya ada.

Kepada yang memberikan komen kepada praktik reiki, cuba kita tanya diri kita sendiri – sejauhmanakah ilmu yang kita tahu tentang reiki?.  Adakah kita berhujah / memberi pendapat berdasarkah ilmu atau adakah dengan agak-agak sahaja?

Saya ada diajak untuk mengikuti kursus reiki ini dan setelah saya mendengar perkataan ‘MASUKAN’ – saya menjadi agak muskil / timbul persoalan. Apa benda yang dimasukan itu? Adakah energy / tenaga boleh dimasukan seperti halnya dengan mengecas bateri..lalu bateri menjadi aktif..? dan kenapa energy tersebut kekal setelah dimasukan..? Perlukah kita dimasukan enery oleh Master?  Kenapa tidak kita sendiri yang mengaktifkan energy untuk diri sendiri..?..berbagai persoalan lain muncul..

Berkenaan dengan energy / tenaga alam ini saya agak faham sedikit sebanyak..semua benda mempunyai tenaga..sepertimana yang kita belajar di sekolah..bahkan benda yang tidak bergerak pun mempunyai tenaga..iaitu tenaga kinetic. Angin mempunyai tenaga, cahaya matahari mempunyai tenaga, air mempunyai tenaga, bunyi mempunyai tenaga. Bumi yang kita pijak ini pun mempunyai tenaga iaitu tenaga gravity – tanpa tenaga gravity, kita akan berterbangan seperti kapas ditiup angin !. Fikiran kita pun mempunyai tenaga..

Tenaga-tenaga tersebut pula mempunyai getaran / frekuansi. Getaran / frekuansi tersebut walaupun tidak kelihatan tetapi ia wujud. Seperti juga halnya dengan tenaga frekuansi radio, frekuansi tv, frekuansi gelombang telepon bimbit..dan sebaginya.

Saya sendiri tidak berapa tahu tentang reiki, oleh itu saya tidak boleh memberikan sebarang komen..