Tanda-tanda seseorang berbohong kepada anda

Tangan Menutup Mulut

Pernahkah anda melihat reaksi kanak-kanak apabila anda cuba bertanyakan sesuatau dan kanak-kanak tersebut cuba menyembunyikan sesuatu? Tindakan yang biasa dilakukan ialah menutup mulut apabila bercakap atau menyembunyikan kedua-dua tangan di belakang pungung. Tindakan menutup mulut berlaku secara otomatik kerana otak mengantar signal kepada tangan supaya menutup mulut dan jangan berbohong!.

Apabila manusia menjadi lebih dewasa dan lebih berpengalaman, variasi menutup mulut ketika berbohong menjadi lebih kreatif. Orang dewasa yang berbohong mungkin tidak akan menutup mulut seperti kelakuan anak kecil ketika berbohong, walaubagaimanapun otak tetap menghantar signal supaya berhenti berbohong. Oleh itu, mungkin kita akan melihat orang dewasa berbohong akan melakukan pergerakan tangan dan menyentuh mulut atau dagu dan kadang-kala ianya dilakukan dengan cepat sekali.

Begitulah - semakin dewasa dan matang seseorang, mereka akan lebih pandai untuk menyembunyikan kebohongan. Walaubagaimanapun, anda jangan cepat dan mudah membuat kesimpulan tanpa memerhatikan bukti-bukti yang lain lagi. Ini kerana, mungkin juga orang menyentuh mulut atau dagu atau hidung kerena memang ada kegatalan di situ atau kegatalan akibat resdon! Membuat kesimpulan dengan hanya melihat kepada satu tanda sahaja adalah merupakan kesilapan.

Memandang ke arah Lain

Orang yang jujur biasanya akan memandang mata kita bila bercakap, manakala orang yang tidak jujur atau sedang berbohong biasanya tidak akan berani memandang mata kita atau mereka mengalihkan pandangan ke arah lain bila sedang berkata perkara yang bohong.

Anak Mata Membesar

Bila seseorang berbohong, secara semula jadi otak akan mengarahkan supaya berhenti bercakap bohong dan tindakan itu akan memberikan kesan kepada banyak angota badan dan salah satunya ialah berlaku pembesaran anak mata (seperti kita duduk di tempat yang kurang cahaya). Untuk memerhati anak mata orang yang sedang berbicara dengan kita mungkin agak susahkan? Tetapi jika anda mempunyai peluang, anda boleh lihat dengan cara yang tidak ketara.

Berpeluh

Andaikan anda sedang berbual dengan seseorang di tempat yang tidak terlalu panas atau di dalam ruangan berhawa dingin, tetapi anda lihat rakan bicara anda berpeluh sedangkan anda tidak merasa panas pun, itu juga boleh merupakan tanda dia sedang berbohong. Walaubagaimanapun, berpeluh juga tidak semestinya orang itu berbohong. Gugup juga menyebabkan orang berpeluh, dan ada juga jenis orang yang memang mudah berpeluh! - oleh itu, berbalik kepada prinsip asas iaitu kita tidak boleh membuat kesimpulan dengan hanya dengan satu petunjuk.