Untuk melakukan upgrade, lakukan seperti berikut:
- Buat backup Database & folder Sites
- Pastikan sistem backup berjalan dengan baik (sama ada kita buat di localhost @ live server) - kerana jika berlaku apa-apa masalah semasa proses upgrade, anda boleh balik semula kepada fail backup > INI AMAT PENTING !
- Pastikan versi drupal semasa adalah versi yang terkini - misalnya versi semasa drupal kita ialah 6.30 dan versi terbaru ialah 6.31, oleh itu kita mesti buat update kepada versi 6.31 dahulu.
- Begitu juga dengan versi contributed module - lakukan update jika ada versi terbaru
- Letakan site dalam off-line
- Buat tatapan Theme kepada garland
- Disable semua Contributed Module (Core-Required & Core-Optional - tak perlu buat apa-apa)
- Jika anda mahu lihat contributed module yang telah dimasukan ke dalam core drupal 87, lihat di link ini : http://drupal.org/node/895314
- Jika anda mahu lihat info untuk upgrade module & theme, lihat link ini: http://drupal.org/node/948216
- Jika anda mahu lihat info untuk upgrade custome module, lihat link ini: http://drupal.org/update/modules
- Jika anda mahu lihat info untuk upgrade custome module, lihat link ini: http://drupal.org/update/theme
- Jika anda sudah lihat link di atas dan anda yakin bahawa anda mahu teruskan upgrade - boleh teruskan. Tetapi jika anda merasakan ragu-ragu kerana disebabkan mungkin sesetengah module & theme belum bersedia/belum support drupal 7, anda boleh batalkan hasrat untuk upgrade kepada drupal 7.
- Delete semua folder dan fail lama, kecuali folder sites
- Jika ada module yang sudah dimasukan ke dalam core drupal 7 - boleh buangkan terus
- Untuk lebih praktif, saya akan delete semua contributed module dan contirubuted theme asal kerana biasanya module dan theme drupal 6 tidak lagi compatable dengan drupal 7.
- Oleh kerana kita sudah buat fail backup di dalam kumputer misalnya - selepas ini kita boleh rujuk semula apa module yang kita pakai sebelum ini dan selepas itu install semua module tersebut dengan mengunakan module versi drupal 7. Selepas itu aktifkan semua module yang dipakai sebelumnya.
- Walaubagaimanapun, anda boleh kekalkan modul asal dan buat update kepada module 7
- Delete fail default.setting.php & setting.php di dalam folder Default
- Pastikan anda simpan backup folder 'sites' ditempat selamat kerana anda memerlukan kembali fail tersebut. Begitu juga dengan fail .htaccess dan fail robots.txt - yang mungkin anda telah buat modifuikasi pada fail tersebut sebelum ini
- Sekarang, muat turun versi drupal 7 terbaru & masukan fail ke dalam drupal directory
- Jika sebelum ini anda ada membuat modifikasi kepada fail .htaccess dan fail robots.txt - boleh buat kepada semula kepada fail yang baru dimasukan
- Pastikan fail setting.php adalah writable (755) - untuk tujuan update database. Fail tersebut terletak di: sites/default/settings.php
- Selepas itu lakukan update.php, contoh : http://www.example.com/update.php dan tekan enter (tukarkan 'example.com' - kepada nama web site anda)
- Selepas itu sistem akan melakukan update core database
- Jika proses update.php tidak berjaya, boleh cuba buat seperti di bawah:- Buka fail settings.php with dengan Notepad.
-
Cari baris di bawah:
$update_free_access = FALSE;
- tukarkan kepada :
$update_free_access = TRUE;
- Bila update.php sudah berjaya > tukarkan semula kepada FALSE > INI PENING !
- Backup database setelah berjaya lakukan update.php
- Sekarang boleh masukan module & theme. Rujuk di sini untuk terperinci: http://drupal.org/node/948216
- Cuba click status report untuk menentukan semuanya berjalan lancar
- Jika ok, letakan semula site kepada on-line
- Selesai
Nota:
- Selepas selesai - buat satu folder dengan nama tmp pada fail file: sites/default/files/tmp
- Anda mempunyai risiko sendiri jika ingin mencuba membuat upgrade dengan berpandukan artikel ini.
- Log in to post comments