Mengenai Kami

plenty-tips.com merupakan laman web yang memberikan tip di dalam beberapa bidang secara percuma. Kami bermula hanya dengan sedikit tip dan akan ditambah dari masa ke semasa. Bidang topik juga bermula dari beberapa sektor dan ianya akan ditambah pada masa-masa yang akan datang. Selain memberikan tip-tip, kami juga akan memasukan artikel-artikel dan ulasan buku. Selain daripada faktor minat atau hobi masa lapang, pengarang mewujudkan laman web ini adalah untuk tujuan menambahkan lagi sumber panduan dan artikel di dalam Bahasa Malaysia. Pada masa nota ini ditulis, laman web ini hanya mempunyai sedikit sahaja artikel atau tip dan anda mungkin tidak mendapat banyak manfaat daripada laman web ini. Kami merancang laman web ini akan berkembang sedikit demi sedikit. Sekiranya anda tersingah laman web ini sama ada secara sengaja atau secara tidak sengaja, kami mengucapkan terima kasih di atas kunjungan anda.