Petua kejayaan
Petua kejayaan
Di dalam kehidupan ini kenapa ada orang yang berjaya dan ada yang biasa-biasa sahaja malah ada yang hidup di bawah paras kemiskinan? Adakah yang berjaya dan tidak berjaya itu terjadi secara kebetulan? Adakah mereka yang berjaya dan kaya raya itu kerana memang keluarga sudah sedia ada berjaya dan kaya? Atau adakah orang yang berjaya, tidak berjaya, kaya, miskin itu kerana memang mereka sudah ditakdirkan begitu?
Soalan-soalan di atas mungkin telah menjadi persoalan ramai orang dan bingung untuk mencari jawapan yang sebenarnya. Untuk menjawab pertanyaan-pertanyaan di atas, mungkin kita perlu membuat pertanyaan lebih lanjut seperti berikut.
Adakah orang berjaya dan tidak berjaya itu terjadi secara kebetulan ?
Cuba kita perhatikan orang-orang berjaya dan tidak berjaya yang kita kenal. Agak-agaknya adakah yang berjaya dan tidak berjaya itu terjadi hanya kerana kebetulan. Cuba kita perhati dan renungi yang berjaya dan tidak berjaya itu. Adakah ada perbezaan ketara (sikap, cara kerja dan sebagainya) yang kita boleh lihat antara keduanya?
Adakah yang berjaya dan kaya raya itu memang asalnya memang berasal dari keluarga kaya?
Cuba perhatikan juga orang-orang yang kita kenal. Berapa ramai yang berjaya dan kaya raya itu memang berasal dari keluarga kaya?
Adakah memang benar orang yang berjaya dan kaya-raya dan yang gagal atau hidup miskin itu kerana sudah memang sudah ditakhdirkan oleh Allah begitu?
Soalan ini merupakan soalan yang paling susah untuk kita mencari jawapan. Ini kerana kita tidak tahu apakah takhdir kita sendiri atau orang lain (hanya Allah yang tahu). Oleh kerana kita tidak tahu apakah takhdir kita, maka kita tidak boleh menyalahkan takhdir di atas apa yang berlaku kepada kita. Allah sendiri telah berfirman "Tidak berubah nasib sesuatu kaum, melainkan kaum itu sendiri yang mengubahnya".
Ayat di atas sudah cukup untuk menjadi hujahan bahawa manusia mempunyai kebebasan untuk merubah nasib sendiri. Allah dan Nabi Muhammad juga menyuruh manusia membuat kebaikan dan menjauhi keburukan, ini juga bukti manusia diberi kebebasan memilih.
Pernah seorang sahabat tidak menambatkan untanya lalu Rasulullah bertanya "kenapa kamu tidak menambat unta kamu". Orang itu menjawab "aku bertawakkal kepada Allah". Maka rasulullah berkata "tambatlah unta kamu dan bertawakkal lah kepada Allah". Itu juga bukti bahawa kita mesti berusaha bersunguh-sungguh dan selepas itu barulah bertawakkal kepada Allah.
Mengikut hasil pemerhatian dan kajian sifat-sifat orang berjaya, di bawah ini adalah beberapa perkara yang perlu diberi perhatian.
1. Mulakan kerja dan jangan pedulikan orang lain.
Bila kita sudah membuat kajian dan yakin bahawa apa yang kita akan buat itu betul, maka jalankan sahaja idea atau pekerjaan tersebut. Jangan perdulikan apa yang orang lain katakan. Ini kerana ada sebahagian orang hanya pandai mengkritik tetapi mereka sendiri pun tidak berusaha untuk memperbaiki hidup mereka. Anda mungkin sudah pun mempunyai apa-apa idea untuk menjalankan perniagaan anda, maka teruskan sahaja.
Bagaimana jikalau anda tidak mempunyai idea untuk memulakan perniagaan? Jika begitu anda boleh mengunakan konsep ATM. Apa itu konsep ATM? ATM bermaksud Amati - Tiru - Modify. Apa yang penting ialah anda sebaiknya menjalankan perniagaan yang anda minati. ini kerana jika anda menjalankan perniagaan yang anda minat, anda tidak mudah putus asa dan anda juga dapat bekerja dengan lebih seronok.
Katakan anda berminat menjalankan perniagaan gerai makan. Apa yang anda perlu buat ialah, cuba Amati gerai makan yang maju di tempat anda. Amati betul-betul apakah yang menyebabkan gerai tersebut maju? Salah satu sebabnya yang kemungkinan besar ialah kerana masakannya yang sedap. Sebab lain mungkin kerana lokasinya yang bagus. Sikat ramah juga munegkin salah satu sebabnya.
Bila ada sudah amati betul-betul dan faham, maka anda mulakan dengan tindakan yang kedua iaitu Tiru. Tirulah gerai tersebut (dengan mengambil kira faktor-faktor kejayaan mereka). Setelah itu, anda perlu juga membuat tindakan yang ketiga iaitu Modify. Modify bermaksud anda perlu membuat yang lebih baik dari orang yang anda tiru. Misalnya ciptakan sesuatu benda lain yang menjadikan gerai anda lebih unik dari gerai-gerai yang lain.
2. Berani mencuba dan berani menghadapi cabaran
Bila langkah pertama telah kita mulai, maka kita mesti berani dan bersedia menghasi sebarang cabaran yang mungkin medatang. Kejayaan tidak datang secara mengolek.
Kalaulah kejayaan itu mudah sahaja, maka dalam dunia ini akan ada lebih ramai orang yang berjaya dan sedikit sahaja yang gagal. Tetapi hakikatnya apa yang berlaku adalah yang sebaliknya.
Yang membezakan orang-orang yang berjaya dan orang-orang yang gagal salah satu sebabnya ialah orang yang berjaya berani bermula dan bersedia untuk menghadapi sebarang cabaran. Cabaran-cabaran yang dihadapi bukan penghalang tetapi dijadikan panduan untuk memperbaiki diri supaya menjadi lebih baik lagi. Jika kita berangapan orang-orang yang berjaya itu tidak pernah menghadapi cabaran, maka kita silap. Cabaran hanyalah peluang untuk menjadi lebih baik dan lebih maju. Albert Einstein berkata "orang yang tidak pernah gagal ialah orang yang tidak pernah mencuba" Huum, cuba amati kata-kata Albert Einstein tersebut.
3. Percaya diri
Jika kita percaya, sebahagian kejayaan sudah ada di tangan kita. Jika sekarang ini anda sedang memulakan pekerjaan sendiri atau sudah menjalankannya, anda sebenarnya sudah termasuk orang yang percaya diri ! Ini kerana hanya orang yang percaya diri sahaja sanggup mengambil cabaran.
Walaubagaimana pun, kita mestilah sentiasa belajar dan teruskan usaha untuk menumbuhkan kepercayaan diri supaya perniagaan yang kita jalankan akan terus berkembang. Perasaan tidak percaya diri merupakan salah satu masalah utama untuk berjaya di dalam apa bidang sekali pun.
Masalah ini hanyalah berpunca dari pola fikiran (mindset) kita sahaja . Jika anda mempunyai masalah tidak percaya diri, maka ubah sahaja pola fikiran anda !. Saya akan menghuraikan bagaimana cara untuk mengubah pola pemikiran di dalam artikel yang lain nanti.
4. Lupakan masa lalu
Jika sebelum ini kita pernah berusaha dan gagal, makan jangan jadikan ianya alasan untuk berjaya. Jika kita mahu bergerak, maka kita mesti tingalkan kenangan kegagalan masa lalu. Kenangan pahit dan buruk masa lalu umpama tali yang mengikat kita untuk terus bergerak maju. Oleh itu apa gunanya masih terikat dengan kenangan masa lalu?
5. Jangan banyak berfikir
Befikir dan mencari idea memang penting, tetapi setelah kita sudah putuskan, maka jangan banyak berfikir lagi.
Teruskan sahaja usaha. Kalau kita banyak berfikir, maka mungkin akan ada banyak fikiran yang negatif dari yang positif. Mengikut kajian, majoriti manusia berfikir secara nagatif pada setiap masa. Oleh itu jagalah cara berfikir kita. Fokus hanya kepada perkara yang positif sahaja. Saya akan menghuraikan mengenai perkara ini (hukum tarikan / Law of attraction) di dalam artikel yang lain nanti.
Jika 5 petua di atas kita fahami dan jalani betul-betul, insyaAllah kita akan berubah menjadi lebih baik dari diri kita yang sekarang.
client = ca-pub-2898279488603899
slot = 9058461004
format = auto