Diabetes
Pengenalan
Diabetes ada dua jenis iaitu diabetes jenis 1 & diabetes jenis 2
Diabetes jenis 1 berlaku kerana tubuh tidak dapat mengeluarkan insulin
Diabetes jenis 2 berlaku kerana Rintangan Insulin (insulin ada, bahkan berlebihan)
Di bawah ini, kita bercerita berkenaan dengan diabetes jenis 2 sahaja
Artikel ini ditulis dengan bahasa yang mudah difahami (dengan mengurangkan istilah-istilah yang nampak saintifik).
Kenapa terjadi diabetes
Ramai orang tersilap faham yang berkata diabetes jenis 2 berlaku kerana pangkreas tidak dapat mengeluarkan atau kekurangan insulin. Ianya tidak tepat; sebenarnya kebanyakan pesakit diabetes jenis 2 mempunyai insulin yang cukup, malah berlebihan.
Yang menjadi masalah ialah 'Rintangan Insulin' / Insulin Resistant. Apa itu rintangan insulin? Dalam bahasa yang mudah, rintangan insulin bermaksud: badan memerlukan insulin yang lebih dari biasa untuk membawa gula ke dalam sel-sel badan.
Timbul pula persoalan lain iaitu kenapa berlaku rintangan insulin? Salah satu sebab utama berlakunya rintangan insulin kerana sel-sel badan sudah penuh dengan gula. Tanya lagi, kenapa sel-sel penuh dengan gula?
Jawapannya begini:
Bila kita makan, makanan yang dimakan akan ditukar kepada gula. Untuk membolehkan gula memasuki sel-sel badan, tubuh akan mengeluarkan insulin. Sebahagian gula itu akan digunakan oleh badan untuk memberi tenaga dan lebihan gula itu akan disimpan di dalam hati di dalam bentuk lemak. Selain itu, lebihan gula juga akan disimpan sebagai lemak di bahagian badan yang lain seperti perut dan juga organ badan yang lain.
Sekiranya cara makan yang tidak sihat (makan melebihi keperluan), maka lebihan gula yang disimpan dalam bentuk lemak akan bertambah dari masa ke semasa. Lama-kelamaan, sel-sel badan akan penuh dengan lemak simpanan. Sel badan yang paling besar untuk menyimpan lebihan gula ialah hati.
Rintangan insulin berlaku bila sel-sel badan terutamanya hati 'sudah penuh'. Bila sel-sel badan sudah sedia penuh, maka insulin terpaksa berkerja keras untuk menolak masuk gula ke dalam sel-sel badan. Lama kelamaan, sel-sel badan sudah tidak dapat lagi menerima lebihan gula kerana sel-sel memang sudah sedia penuh !. Oleh itu, lebihan gula itu terpaksa beredar di dalam darah. Masalah inilah yang dinamakan 'rintangan insulin'.
Gula & insulin
Insulin merupakan sejenis hormon badan yang bertugas untuk membawa gula kepada sel-sel badan. Bila kita makan dan seterusnya menjadi dula, maka pangkreas akan mengeluarkan insulin. Banyak atau sedikit jumlah insulin bergantung kepada banyak atau sedikit gula di dalam darah.
Perlu diketahui iaitu insulin merupakan hormon yang menyimpan. Bererti; sekiranya tubuh mengeluarkan banyak insulin, maka tubuh akan menyimpan lebih gula (yang ditukarkan menjadi lemak). Salah satu petanda jumlah insulin di dalam badan tinggi ialah obesiti (makan lebih dari keperluan badan)
Pokok masalah / root cause
Untuk memahami atau mengatasi diabetes kita mesti mencari punca masalah yang sebenar / root cause. Seperti yang diterangkan di atas - punca utama ialah simpanan gula berlebihan / Over Flow.
Cara atasi
Bila kita sudah tahu punca sebenar, maka kita akan menjadi lebih jelas di manakah kita hendak bermula iaitu cuba atasi masalah dari puncanya yang sebenar. Untuk mengatasinya, ada 2 cara yang mesti dilakukan sekaligus:
- Berhenti makan berlebihan / makan secara sihat
Punca utama gula dalam darah ialah kanji & gula. Oleh itu, langkah pertama dan paling logik ialah kita mesti kurangkan makanan berkanji & gula. Tingalkan terus minuman bergula. Anda boleh minum teh atau kopi tanpa gula.
Begitu juga dengan kanji - makan hanya sedikit nasi atau bahan-bahan berkanji lainnya. Cara diet terbaik ialah makan makanan yang tinggi lemak, sederhana protin & sedikit makanan berkanji. Contoh makanan yang tinggi lemak ialah telor, minyak zaiton, minyak kelapa, keju, avocado dan sebagainya. Lemak-lemak dari sumber-sumber tersebut adalah lemak yang bagus (HDL).
Kita mesti tahu iaitu, tubuh kita mendapat tenaga bukan hanya dari makanan berkanji tetapi juga dari protin & lemak. Di atas telah diterangkan peranan insulin & gula. Perlu diketahui iaitu insulin memberi tindaklabas yang berbeza kepada makanan berkanji, protin & lemak.
Makanan berkanji akan mengeluarkan insulin paling tinggi. Manakala makanan protin akan menaikan insulin sedikit sahaja. Sedangkan lemak hampir-hampir tidak akan mengeluarkan insulin !
Kenapa perkara tersebut penting? Seperti dijelaskan di atas - insulin merupakan hormon penyimpanan. Bermakna semakin banyak insulin, maka tubuh akan menyimpan lebih banyak gula (yang ditukarkan menjadi lemak). Oleh itu, jika insulin selalu tinggi, maka orang akan menjadi lebih gemok. Gemok atau obesiti pula mempunyai faktor besar untuk menjadi rintangan insulin.
- Buang lebihan simpanan gula / lemak di dalam sel-sel badan
Langkah ini boleh dilakukan bersamaan dengan langkah satu di atas dan ianya saling berkaitan. Bila kita sudah hadkan pengambilan makanan berkanji & bergula, maka tidak berlaku lagi proses penyimpanan lebihan. Aktiviti fizikal juga penting. Bila kita membuat aktiviti fizikal, maka badan akan mengunakan lemak badan digunakan sebagai tenaga. Antara aktiviti fizikal terbaik untuk mengunakan lemak atau gula darah ialah aktiviti senaman otot. Ini kerana otot paling banyak mengunakan gula atau lemak badan.
client = ca-pub-2898279488603899
slot = 9058461004
format = auto